Sukan

TFC tunjukkan peningkatan yang ketara

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain cabar anak buahnya menamatkan kekalahan dalam dua aksi terdahulu dengan noktah kemenangan apabila berdepan dengan Sarawak United FC pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, malam esok.

Bekas striker Terengganu itu menegaskan hanya kemenangan sahaja yang mampu menaikkan kembali moral pemainnya yang kini menghuni di tangga tercorot liga tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.

Malah jurulatih muda meningkat naik itu turut mahukan anak buahnya memperagakan aksi yang bertenaga biarpun terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh sebelum tiba ke negeri Bumi Kenyalang itu.

Jika dilihat prestasi terkini pasukan, para pemain sudah menunjukkan peningkatan yang ketara sebagaimana yang dibuktikan mereka ketika berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahad lalu walaupun kita tumpas 2-1.

Jadi ini cabaran kepada pemain berdepan skuad Sarawak United nanti kerana misi kita adalah tiga mata sekali gus menjadi tonik berharga buat mereka untuk meneruskan saingan liga men3ntang Selangor FC di laman sendiri pada 22 April ini.

“Saya yakin dan percaya dengan persediaan rapi dilakukan ditambah para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk menamatkan kekalahan dalam dua aksi berturut-turut sebelum ini, ianya bakal menjadi ‘s3njata’ buat kita untuk memburu kemenangan pertama,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Ketika ditanya adakah berlaku rombakan selepas tiga pemainnya mengalami kec3deraan ringan selain ada pemain yang belum cergas sepenuhnya, jurulatih berusia 44 tahun itu akui ada sedikit perubahan sebelum berdepan dengan pendatang baharu Liga Super itu.

Mengenai rombakan dalam pasukan, kita akan menilai prestasi dan tahap kecergasan semasa para pemain sebelum disenaraikan, tapi saya sudah bersedia dengan taktikal yang bakal diterapkan tambahan pula para pemain juga sudah bersedia untuk memburu kemenangan pertama.

Ingatan saya buat pemain agar mereka lebih fokus sepanjang aksi 90 minit tanpa mengambil mudah kerana kita tahu pemain skuad itu pasti juga mahu merakam kemenangan pertama beraksi di tempat sendiri tambahan pula jurulatih mereka, B Sathianathan cukup berpengalaman.

“Saya harapkan barisan striker mampu laksanakan tanggungjawab dengan berkesan untuk memburu jaringan selain menuntut barisan pertahanan bijak bertahan dengan jentera tengah mampu merencana gerakan,” katanya.

sumber:- HM

Skuad Penyu dijangka bakal menurunkan pertahanan importnya, Pape Diakite buat kali pertama musim ini dengan barisan tengah dikemudi Petrus Shetembi dan Manuel Ott serta Habib Haroon manakala jentera s3rangan menjadi milik striker kebangsaan Liberia, Kpah Sherman.