Sukan

Terkejut dengan kemenangan besar JDT

Striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menganggap kerjasama berpasukan yang ada di dalam skuad itu membolehkannya mencipta hatrik bagi membantu skuad Harimau Selatan memb3lasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu mengakui teruja apabila mencipta tiga gol selepas aksi pada musim lalu di Bangkok, Thailand, dia gagal menghasilkan jaringan di sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Saya diamanahkan untuk beraksi di posisi s3rangan dan tugas selaku strikerg adalah membvru gol. Pada aksi pertama di laman sendiri, misi membantu JDT meraih kemenangan membuahkan hasil dan saya amat berpuas hati.

Pada musim lalu dalam saingan ACL, mungkin nasib tidak menyebelahi saya walaupun beraksi baik men3ntang dua kelab dari Jepun dan kelab dari Thailand. Lagipun ia aksi pertama di ACL dan sudah tentu ada tekanan tapi saya berjaya menghakis apa jua perasaan negatif dan memberi sepenuh komitmen pada aksi men3ntang kelab dari China itu.

“Apa yang penting adalah kerjasama berpasukan yang memboiehkan saya menjaringkan hatrik,” kata Bergson yang mel3dak dua gol dalam tempoh 27 minit pertama dan melengkapkan hatrik pada minit ke-55.

Dua gol lagi menerusi jaringan sendiri penjaga gol Guangzhou FC, He Lipan pada minit ke-13 berpunca daripada bola r3mbatan deras Fernando Forestieri dan pemain gantian Ramadhan Saifullah menjaringkan gol pada minit ke-81 untuk melegkapkan kemenangan skuad Harimau Selatan.

Sementara itu pengendali JDT Benjamin Mora tidak menjangka dapat memulakan kempen Kumpulan I dengan kemenangan besar ke atas pesaing dari China itu.

Menang pada aksi pembukaan saingan ACL men3ntang pasukan terbaik di rantau Asia meningkatkan lagi moral pemain dan mereka jelas teruja dengan pencapaian yang dilakukan malah mereka layak untuk menang pada perlawanan itu.

“Saya juga berpuas hati degan kombinasi Shane (Lowry) dan Shahrul (Saad) walaupun kedua-dua pemain itu jarang digandingkan bersama tapi pada sesi latihan mereka membentuk persefaham yang baik dan sebab itu saya pilihan mereka mengemudi benteng JDT.

sumber:- BH

“Setiap pemain yang diturunkan ada tugas yang perlu dilaksanakan malah kami tidak terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja, mungkin malam ini saya pilih Shane dan Shahrul beraksi dan tidak mustahil aksi seterusnya saya akan senarai pemain lain dalam kesebelasan utama,” kata Mora.