Ketua jurulatih Johor Datul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, tidak terkejut apabila pasukannya mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Guangzhou FC dalam perlawanan pertama Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Iskandar Puteri .
JDT membuka kempen musim ini dengan bergaya apabila memperoleh kemenangan terbesar dalam sejarah penyertaan mereka.
Bergson da Silva muncul pemain JDT pertama mendaftarkan gol hatrik dalam kejohanan itu, sekali gus mengetuai Kumpulan I selaku pendahulu selepas perlawanan pertama.
Mora, bagaimanapun, tidak terkejut kerana sudah menjangkakan pasukannya akan memperoleh kemenangan.
“Saya memperkatakannya dengan penuh rasa hormat, sudah pasti saya menjangkakan pasukan saya akan menang,” katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Astro Arena.
“Jika saya tidak menjangkakan kemenangan, saya tidak boleh bersaing.”Sudah pasti saya menjangkakan pemain akan memberikan yang terbaik.”Sudah pasti juga saya menjangkakan kami akan terus memberikan yang terbaik.
“Kemudian, apabila hari perlawanan tiba, mungkin apabila kami berdepan pasukan yang baik, kami mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki atau kami tidak dapat mempamerkan aksi sebenar.
“Tetapi jangkaannya perlu ada sejak dari awal,” katanya.
sumber:- SA
JDT seterusnya akan meneruskan saingan dengan menentang Ulsan Hyundai di venue sama Isnin ini.