Sukan

Perlawanan Pahang Dan Melaka dilabel Aksi berprofil tinggi

Pert3mbungan Sri Pahang FC dan Melaka United FC di Stadium Darul Makmur, malam ini boleh dilabel sebagai aksi ‘berpr0fil tinggi’ yang pasti menggamit perhatian peminat bola sepak tanah air.

Ia susulan isu hangat yang melanda dua pasukan berkenaan sejak kebelakangan ini termasuk membabitkan kontr0versi keputusan pengadil, prestasi pasukan dan penamatan kontrak ketua jurulatih.

Bagi Sri Pahang, mereka pasti tidak rela menjadi m@ngsa buat kali ketiga yang menyaksikan dua keputusan lebih positif sepatutnya diraih skuad Tok Gajah ketika berdepan Kedah Darul Aman FC dan PJ City sebelum ini, dinafikan akibat kesilapan pengadil.

Justeru, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga tidak mahu lagi imej mereka tercemar dek kesilapan keputusan yang dibuat dengan pengadil terbaik perlu ditugaskan di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Bagi Melaka United, tugas mereka sebenarnya lebih mencabar kerana selain beraksi di gelanggang lawan, skuad Hang Tuah juga berdepan tekanan tinggi untuk menamatkan badi tanpa kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan.

Lebih memeritkan apabila mereka akan tampil tanpa ketua jurulatih, Risto Vidakovic yang ditamatkan kontrak oleh kelab itu susulan prestasi kurang memuaskan dengan hanya mengutip satu mata setakat ini.

Justeru, berdasarkan masalah dalaman dan prestasi yang menghantui Melaka United, ia memberikan kelebihan buat Sri Pahang yang turut masih mencari kemenangan pertama selepas mereka mengharungi dua perlawanan.

Sementara itu, aksi menarik juga dijangka disajikan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) FC dengan pasukan tangga kedua, Sabah FC.

KL City yang baru mengecapi kemenangan pertama selepas menewaskan Melaka United 2-0 di gelanggang sama, Sabtu lalu sudah pasti memiliki motivasi tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan terutama di gelanggang sendiri.

Namun, bukan tugas mudah buat anak buah Bojan Hodak untuk mengimpikan tiga mata kerana Sabah kini berada pada pretasi terbaik selepas menang empat perlawanan berturut-turut termasuk satu dalam saingan Piala FA.

Mengumpul sembilan mata selepas empat perlawanan liga dan berada di tangga kedua, ia cukup membuktikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bukan calang-calang lawan buat mana-mana pasukan musim ini.

Satu lagi aksi Liga Super yang turut akan berlangsung malam ini adalah perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Walaupun tidak diletakkan harapan tinggi dalam liga, namun perlawanan Negeri Sembilan dan PJ City boleh dianggap sebagai pert3mbungan dua pasukan liat dan mampu mencipta kejutan luar jangka.

sumber:- BH

Negeri Sembilan yang berstatus sebagai pendatang baharu Liga Super musim ini masih belum tewas dalam tiga perlawanan awal dan menduduki tangga keenam, manakala PJ City pula yang beraksi tanpa bantuan pemain import pula berjaya menempatkan diri di tangga keempat selepas empat perlawanan.