Sukan

Aksi ‘Derbi Utara’ jadi perhatian

Selepas kecewa pulang tanpa mata pada pertemuan men3ntang Selangor FC, Ahad lalu, KDA FC bertekad mahu membvru mata penuh pada aksi ‘Derbi Utara’ Liga Super men3ntang Penang FC, malam esok.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam perlawanan lalu mahu di atasi sekali gus membangkitkan semangat lebih tinggi di kalangan pemainnya untuk membvru kemenangan.

“Setiap kelemahan yang dikesan pada babak perlawanan lalu kini sedang di atasi dan pada masa sama cuba meningkatkan keupayaan sebenar pasukan,” katanya.

Aidil sedar berdepan Penang FC bukan perlawanan yang mudah lawan mereka yang masih belum meraih kemenangan setakat ini pasti menyimpan impian untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan beri fokus terbaik sepanjang perlawanan itu nanti.

“Pihak lawan pastinya akan memberi tentangan sengit untuk mencipta kemenangan pertama pada kali ini. Pemain perlu bekerja keras bagi memastikan tidak lagi mencicirkan mata lagi,” katanya.

Selepas empat perlawanan Liga Super, KDA FC kini menduduki tempat ketiga dengan memungut sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas.

sumber:- HM

Manakala Penang FC pula berada di tangga kelapan apabila tiga keputusan seri berturut-turut serta satu kekalahan di awal musim.