Sukan

Manchester United lepaskan Ronaldo

Manchester United tidak lagi memerlukan Cristiano Ronaldo pada musim panas ini selepas dia tiada dalam perancangan Erik ten Hag.

Ten Hag bersetuju secara lisan menggantikan Ralf Rangnick pada penghujung musim dengan kontrak empat tahun namun telah menggesa pengurusan United agar menjual Ronaldo.

Menurut Daily Star, Ten Hag berasakan Ronaldo dengan umur dan status mewahnya tidak sesuai dengan pelan jangka panjang pengendali dari Belanda itu. Ini bermakna Ronaldo bebas meninggalkan kelab tak sampai setahun selepas kembali ke Old Trafford.

Ia langkah berani Ten Hag yang mungkin tidak disenangi penyokong United kerana Ronaldo antara penjaring terbanyak musim ini dengan 18 gol.

Paris Saint-Germain dan Roma dikaitkan dengan CR7 yang dilaporkan bertemu ejennya, Jorge Mendes bulan lalu bagi membincangkan masa depannya.

Laporan mendakwa Ronaldo mahu berpindah jika United gagal ke Liga Juara-Juara musim depan.

sumber:- HM

Selepas jurang dengan kelompok empat teratas semakin meluas, Ten Hag mula bertindak dengan memberikan Ronaldo lampu hijau meninggalkan United selain beberapa pemain turut bakal dilepaskan.