Sukan

Kedah Darul Aman Pasti Bangkit

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Dechi Marcel berharap mereka dapat kembali mempersembahkan rentak terbaik apabila turun bertemu Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Ahad ini.

Pemain kelahiran Ivory Coast ini yakin skuad Sang Kenari akan bangkit dengan lebih baik dalam usaha membvru tiga mata bagi memastikan kedudukan dalam kelompok tiga pasukan teratas liga tidak tergugat selepas tewas 4-1 kepada Selangor FC minggu lalu.

Kami perlu kembali bangkit untuk menghadapi cabaran seterusnya. Selepas tewas pada perlawanan lalu, kini kami berusaha mengatasi kelemahan yang ada bagi meningkatkan lagi keupayaan pasukan.

Semangat juang kami tetap kental dan kami tidak mudah berputus asa dengan kekalahan lalu kerana dalam bolasepak ini penuh dengan cabaran dan rintangan yang kami perlu sahut demi mencapai kejayaan.

“Kami hadir semula ke padang latihan dengan semangat yang tinggi, bersama tekad inginkan kemenangan dalam menghadapi perlawanan seterusnya bertemu Penang FC, Ahad ini,” katanya.

Marcel yang mempamerkan aksi lincah di ruang tengah setiap kali beraksi dilihat sebagai individu penting dalam menghidupkan banyak gerakan ketika melancarkan s3rangan ke kubu lawan mahupun ketika dalam situasi bertahan.

sumber:- BH

Namun sentuhannya sedikit terbatas diruang s3rangan dalam dua perlawanan sebelum ini selepas rakan sepasukannya, Dennis Buschening yang tidak dapat beraksi akibat kec3deraan. Ini memaksa Marcel lebih banyak berada di ruang tengah dan pertahanan.