Sukan

PJ City antara pencabar terkuat walaupun dengan pemain tempatan

Selepas sekadar mencatatkan dua keputusan seri pada perlawanan terakhir Liga Super, skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) enggan mensesiakan peluang apabila men3ntang Petaling Jaya (PJ) City FC, Sabtu ini.

Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu mahu digunakan sepenuhnya skuad terbabit bagi mendapatkan kemenangan kedua musim ini.

Penolong Ketua Pasukan, Nasrullah Hanif Johan berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha mendapatkan tiga mata.

Menurutnya, walaupun bakal berhadapan dengan pasukan berpengalaman dan menduduki tangga keempat carta liga ketika ini, pasukannya tidak boleh mensesiakan peluang buat kali kedua, bagi mencapai kemenangan.

Dalam aksi di laman sendiri sebelum ini, kami gagal meraih kemenangan apabila terikat 2-2 dengan Selangor FC. Kami berharap pert3mbungan dengan PJ City ini nanti dapat meraih tiga mata.

Kami tiada alasan kecuali perlu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan kemenangan.

“Justeru, kami akan tingkatkan prestasi kerana PJ City adalah pasukan berpengalaman dan mereka dilihat antara pencabar terkuat dalam liga musim ini,” katanya.

Nasrullah berkata, pasukannya perlu berhati-hati dengan strategi pasukan bimbingan P Maniam itu, kerana selain mengamalkan corak pergerakan pantas, kelincahan beberapa striker mereka terutama Darren Lok dan Khyril Muhymeen Zambri, boleh membuatkan impian meraih kemenangan terjejas.

Katanya, jentera depan PJ City terbukti berbisa menerusi s3rangan balas terutama ketika menang 3-2 ke atas Terengganu, baru-baru ini.

Pemain pertahanan dari Sikamat itu yakin dan percaya, rakan sepasukannya akan memberikan persembahan terbaik dan menterjemahkan setiap perancangan dibuat ketua jurulatih, K Devan.

sumber:- HM

NSFC kini menduduki tangga keenam Liga Super selepas mengumpul lima mata hasil satu kemenangan ke atas Sabah FC dan seri dengan Selangor serta Penang FC.