Sukan

Enam lagi mata dipotong

Malang bertimpa buat pasukan Perak FC apabila enam lagi mata akan dipotong mulai esok, sekali gus menjadikan sembilan mata dipotong, setakat ini.

Pemotongan kali kedua itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam selepas Perak FC dilihat gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

Menurutnya, hari ini adalah tarikh terakhir buat pengurusan skuad The Bos Gaurus menyelesaikannya dan sekiranya gagal, secara automatik pem0tongan enam mata akan dikenakan esok.

Esok, enam mata lagi akan dipotong seperti yang dimaklumkan sebelum ini jika tiada pembayaran dibuat hari ini, kata Stuart kepada Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini pada 1 April lalu, badan bebas iaitu Pelesenan Kelab atau First Instance Body (FIB) mengenakan hukuman pemotongan tiga mata ke atas Perak FC dalam saingan Liga Perdana, musim ini.

Malah dalam kenyataan sama FIB turut memaklumkan, enam mata lagi akan dipotong pada 15 April iaitu esok selain pengurangan dana akan dibuat sekiranya pengurusan pasukan masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain.

Seterusnya jika masih gagal membuat bayaran sebelum atau pada 21 April ini, maka pada 22 April pula, MFL akan memanjangkan sekali lagi kepada FIB bagi tindakan lanjut, termasuk difahamkan penyertaan Perak FC kemungkinan dibatalkan.

sumber:- JM

Ia menyaksikan bekas juara Piala Malaysia sebanyak lapan kali itu akan berkubur, sekali gus pemain dan pegawai Perak FC akan kehilangan mata pencarian.