Sukan

Bukan rezeki kami

Tonggak pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulkpakar yakin benteng pasukan akan bertambah ampuh dalam aksi Liga Super sekali gus cuba mengelak daripada dibolosi.

Dalam tiga aksi dilalui, skuad Red Giants dibolosi enam kali dengan aksi terakhir menyaksikan anak buah Michael Feichtenbeiner itu menang 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC, Ahad lalu.

Justeru, Sharul Nazeem atau lebih mesra dipanggil Afro menyifatkan barisan pertahanan sudah belajar daripada kesilapan lalu dan percaya Selangor masih berpeluang untuk menang tanpa bolos dalam aksi liga.

Bukan rezeki kami untuk mendapat ‘clean sheet’ pada Ahad (ketika lawan Kedah), tetapi InsyaAllah akan buat yang terbaik dalam perlawanan seterusnya tanpa bolos dan menang.

Bagi saya aksi minggu lepas (men3ntang Negeri Sembilan pada Rabu lalu), kami bermain 10 orang jadi mungkin daripada segi kecergasan, fokus agak lemah sebab ambil mudah pihak lawan, tapi dengan Kedah kita tidak mahu perkara sama berulang dan kami lebih fokus.

“Mungkin ini satu permulaan untuk lebih bersemangat dan setiap perlawanan kita akan pastikan untuk tidak mengambil mudah selepas ini”, katanya.

Hujung minggu ini Selangor FC tidak akan beraksi dan perlawanan berikutnya adalah men3ntang Terengganu FC di tempat lawan pada 22 April ini.

Ia sekaligus memberi rehat secukupnya buat Afro dan rakan-rakan sepasukan memperkemaskan persembahan sebelum turun ke Kuala Terengganu yang dijangka berlangsung sengit.

sumber:- HM

Ketika ini, Selangor berada di tangga kelima Liga Super dengan lima mata daripada tiga aksi dilalui, manakala Terengganu pula di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata selepas dua aksi.