Sukan

Farizal terima hadiah istimewa dari TMJ

Barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja beruntung ada ‘bos’ yang prihatin, bahkan sebenarnya tidak lokek memberi hadiah sebagai tanda penghargaan atau pengiktirafan buat pemainnya.

Itulah hakikat sisi sebenar pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang cukup bermurah hati berkongsi kegembiraan dengan pemain skuad Harimau Selatan.

Terbaharu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenaan menghadiahkan satu set golf kepada penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang baru pulih daripada kec3deraannya.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers, Farizal yang dibenarkan pulang ke rumah selepas dikejarkan ke hospital susulan kec3deraan di kepala selepas bert3mbung dengan rakan sepasukan dalam aksi Liga Super men3ntang Terengganu FC Ahad lalu, tidak menyangka dikejutkan dengan kehadiran Tunku Ismail ke rumahnya.

TMJ yang turut berada di sisi Farizal sepanjang berada di hospital, membuat kejutan dengan melawat penjaga gol kebangsaan itu di rumahnya.

Lebih mengejutkan, Tunku Ismail tidak datang dengan tangan kosong apabila menghadiahkan set golf kepada Farizal yang sememangnya banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain golf sebagai hobi keduanya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT meluangkan masa melawat kapten pasukan JDT, Farizal Marlias di kediamannya.

“Dalam kunjungan itu, baginda turut berbesar hati mengurniakan sebuah set golf kepada Farizal. Luaskan Kuasamu Johor,” tulisnya di laman rasmi kelab itu.

Sebelum ini, Farizal mengalami kecederaan di kepala selepas bert3mbung dengan Shane Lowry ketika mahu menghalang s3rangan pemain Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

sumber:- HM

Susulan pert3mbungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.