Sukan

Bintang United bakal pintas gaji Ronaldo

Masa depan Paul Pogba di Manchester United terus menimbulkan persoalan apabila beberapa rakan sepasukan mempersoalkan tawaran baharu yang bakal diterimanya untuk kekal di Old Trafford.

Kontrak sedia ada Pogba hanya berbaki beberapa bulan dan akan berakhir musim panas ini. Pemain 29 tahun Perancis itu dilaporkan mendapat tawaran 500,000 pound (RM2.15 juta) seminggu – menjadikannya pemain termahal di Liga Perdana Inggeris.

“Beberapa pemain merasakan ia tidak masuk akal dia menerima dua kali ganda berbanding mereka memandangkan Pogba jarang membarisi kesebelasan utama dan sering bercakap tentang meninggalkan United,” kata sumber rapat dengan kelab berkenaan.

Jika Pogba bersetuju dengan tawaran itu, ia akan mengatasi Cristiano Ronaldo (450,000 pound seminggu), David de Gea (375,000 pound), Jadon Sancho dan Raphael Varane (masing-masing 300,000 pound seminggu).

Gaji pemain Perancis itu sekarang adalah 290,000 pound (RM1.59 juta) seminggu.

Paris Saint-Germain dan Juventus antara kelab yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat Pogba tetapi ia bergantung kepada jumlah gaji bakal diminta pemain itu. – AGENSI