Astro Arena difahamkan jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic, hari ini direhatkan oleh pengurusan pasukan.
Keputusan itu dikatakan dicapai hasil persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak sekali gus menyaksikan Melaka United bakal melantik jurulatih baru.
Kedua-dua pihak dikhabarkan telah mencapai kata sepakat bagi menamatkan kontrak pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina itu.
Astro Arena cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak pengurusan kelab selatan itu, lebih-lebih lagi minggu lalu Vidakovic mendedahkan gaji tertunggak namun tiada maklum balas mengenai perkara tersebut.
Risto yang hadir ke Melaka musim ini bagi menggantikan pengendali terdahulu, Zainal Abidin Hassan, hanya sempat memimpin pasukan untuk empat perlawanan Liga Super.
Setakat ini, Melaka masih belum mencatat sebarang kemenangan dan menghuni kedudukan ke-10 Liga.
sumber:- SA
Antara calon yang dikaitkan bakal mengisi kekosongan kerusi panas itu sekiranya benar Vidakovic mengundurkan diri terdiri daripada pembantunya, Asri Ninggal serta Nazrulerwan Makmor.