Sukan

TMJ trending hari ini

Laman sosial Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers berkongsi laporan muka belakang Harian Metro bertajuk ‘Kasih Diraja’ yang diterbitkan hari ini.

Laporan mengenai sifat keprihatinan pemilik kelab iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berada di sisi penjaga gol JDT, Farizal Marlias di hospital turut mendapat perhatian peminat bola sepak negara.

Hasil tinjauan Arena Metro di laman Facebook itu mendapati, ramai memuji sikap Tunku Ismail dengan meninggalkan pelbagai komen positif termasuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan Farizal.

Semoga Farizal Marlias sembuh seperti sedia kala…Terima Kasih TMJ, sangat prihatin dengan semua pemain JDT, tulis Koni Adam.

Alhamdulillah…terima kasih TMJ walaupun saya orang Perak tapi saya dan anak, peminat setia JDT. Jarang terlepas perlawanan. Semoga cepat sembuh Farizal Marlias,” kata Rafidah Mohamed Khan.

Malah, ada yang berdoa agar Farizal segera pulih dan sempat untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan membuka tirainya di Johor Bahru, Jumaat ini.

“Alhamdulillah…Terbaik TMJ dan ‘good job’ ketua pasukan JDT. Semoga Farizal cepat sembuh dan kembali beraksi untuk ACL, Amin,” kata Abdul Rahman.

Ketika ini Farizal dilaporkan stabil dan sudah mampu duduk dengan ditemani ahli keluarga.

Terdahulu, Farizal cedera di kepala selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang gerakan s3rangan dilakukan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

sumber:- HM

Akibat pertembungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.