Sukan

Kapten Selangor FC tampil bersuara

Kapten Selangor FC, Brendan Gan mempertahankan rakan sepasukannya, Safuwan Baharudin yang dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang penyokong skuad The Red Giants selepas aksi Liga Super, kelmarin.

Insid3n berkenaan berlaku selepas Selangor menewaskan Kedah Darul Aman FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Tindakan penyokong berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan prestasi The Red Giants walaupun pasukan itu masih belum tewas dalam tiga perlawanan awal Liga Super musim ini.

Namun, Brendan menganggap persembahan Red Giants ketika ini boleh dibanggakan kerana aksi dominan mereka men3ntang lawan yang sukar.

Mengakui ada pasang surut dalam persembahan pasukan, bekas pemain Perak dan Kelantan itu berkata, pasukan meraikan kemenangan bersama penyokong dan turut memerlukan pemain ke-12 itu di saat mengalami kekalahan.

Sebagai satu pasukan, kami sedar akan tuntutan yang diinginkan, dan sebagai satu pasukan, kami berusaha setiap hari untuk mencapai melebihi tuntutan itu.

“Kami akan terus berjuang demi lencana di dada, demi segala sejarah dan makna di sebalik lencana itu dan demi mereka yang benar-benar sentiasa menyokong kami.

Saya dan Safuwan akan sentiasa berdiri teguh bersama pemain dan kelab kami! Tiada siapa yang akan menjatuhkan pasukan ini, kerana kami sudah bekerja terlalu keras untuk terkesan dengan sebarang kata-kata negatif.

Akan sentiasa ada cabaran untuk diatasi, penambahbaikan yang perlu dilakukan dan hasrat yang perlu diusahakan, selagi kita kekal positif dan berusaha mengatasi kelemahan kita untuk menjadikannya kekuatan, maka kemajuan dan kejayaan akan dicapai!

“Sungguhpun kami melalui pelbagai cabaran, kami merasakan sebagai satu pasukan bahawa kami semakin hampir ke tahap yang kami inginkan! Harapan kami agar anda juga dapat merasainya,” katanya dalam mesej kapten pasukan yang disiarkan di Facebook, Selangor FC.

Semalam, Safuwan yang kini bertindak sebagai kapten Selangor susulan kecederaan yang dialami Brendan menjelaskan insid3n berkenaan agak mengecewakan, namun dia tetap positif dan memaafkan individu terbabit.

sumber:- HM

Katanya, selagi Brendan iaitu kapten sebenar Selangor belum kembali ke padang, dia sentiasa cuba sebaik mungkin untuk melindungi pemain di dalam dan luar padang.