Sukan

Kedah Darul Aman terima pengajaran berguna

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih pengajaran berguna daripada Selangor FC selepas tewas 4-1, pada aksi keempat Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, pada Ahad.

Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, kesungguhan dipamerkan pasukan tuan rumah berjaya menyekat Sang Kenari untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga super.

Menurutnya, pemain KDA FC akan bangkit lebih kuat dengan semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemenangan pada perlawanan seterusnya selepas jatuh ke tangga ketiga liga dengan mengumpul sembilan mata.

Perlawanan semalam memberi banyak pengajaran kepada KDA FC. Memang kelihatan Selangor FC inginkan kemenangan dengan sepenuh kesungguhan. Mereka bermain cemerlang dan setiap orang bermain dengan skil dan minda yang tinggi.

“KDA FC pula tengg3lam dalam gelombang kesungguhan dan ketepatan Selangor FC,” katanya menerusi laman Facebooknya, pada Isnin.

Bagaimanapun, pujian tetap diberikan kepada pemain KDA FC kerana bermain dengan tenang dan cuba melakukan yang terbaik sehingga ke akhir perlawanan.

sumber:- SH

“Pasukan tidak menyerah kalah. Memang KDA FC kehilangan tiga mata penting tetapi ambillah ini sebagai pengajaran paling bermakna. Kemenangan hanya untuk mereka yang ingin serta berhak menang dan bukan kepada mereka yang ingin menang sahaja,” ujarnya.