Sikap melampau dengan melontarkan kata-kata kesat langsung tidak mematahkan semangat ketua pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin biarpun pasukannya berjaya memb3lasah Kedah Darul Aman FC dengan 4-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Skuad Red Giants yang tampil bertenaga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu seharusnya disambut dengan gembira oleh penyokong tuan rumah, namun sebaliknya yang berlaku apabila pemain terutamanya tonggak pertahanan dimaki penyokong sendiri.
Ia difahamkan kerana kegagalan benteng pertahanan mempertahankan kubu hingga dibolosi satu gol meskipun melakar kemenangan besar.
Antara tonggak yang menjadi sasaran makian adalah Safuwan hingga menyebabkan pemain Singapura itu tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong terbabit.
Malah, tindakan seorang penyokong yang mengeluarkan kata-kata kesat itu turut sempat dirakam sebelum video berkenaan menjadi tular di media sosial.
Begitupun Safuwan tetap tenang dan mengakui sedia memaafkan penyokong terbabit sambil menyeru supaya terus memberi sokongan kepada pasukan tidak kira ketika di bawah mahupun di atas.
Selagi kapten pasukan, Brendan Gan tidak berada di atas padang, saya akan cuba menjaga rakan-rakan sepasukan di dalam mahupun di luar padang. Tetapi jika insiden (dimaki dengan carutan oleh penyokong) seperti semalam terjadi, ia memang agak mengecewakan bagi saya.
Perkataan yang keluar dari mulut anda, melambangkan banyak perkara bagi diri anda sebagai seorang manusia.
“Ayuh kita lupakan mulai sekarang, tetap sokong pasukan walau apa pun yang terjadi. Di hujung nanti, kita tetap masih manusia. Jadi positif. Saya maafkan anda,” kata Safuwan di laman Story Instagramnya.
Dalam perlawanan itu, gol-gol tuan rumah dihasilkan oleh Herlison Caion (minit 34 dan 86), Mukhairi Ajmal (minit 26) dan Nor Hakim Hassan (minit 84).
Kedah yang hilang punca sepanjang aksi bagaimanapun berjaya membawa satu gol ke Alor Setar menerusi Fayadh Zulkifli di hujung permainan.
sumber:- HM
Kemenangan itu menyaksikan Selangor berjaya merekodkan kemenangan pertama pada musim ini selepas sekadar seri dua perlawanan sebelum itu.