Sukan

Kecemerlangan penjaga gol kecewakan Penang

Kemenangan terus menghindari Penang FC selepas mereka sekali lagi terikat 1-1, kali ini dengan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Ini adalah keputusan seri yang ketiga berturut-turut buat skuad Harimau Kumbang pada musim ini sekali gus menyaksikan mereka belum lagi merasai sebarang kemenangan setakat ini.

Skuad Jang mendahului pada minit ke-32 selepas Zaquan Adha Abdul Radzak menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan kepada pelawat susulan kekasaran Abdul Latiff Suhaimi ke atas Nasrullah Hanif Johan.

Skrip sama ‘berpindah’ kepada Penang apabila giliran mereka pula menerima sepakan penalti selepas Omid Nazari menjatuhkan Endrick Dos Santos ketika sepakan sudut diambil.

Malangnya kali ini, penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi yang beraksi cemerlang menafikan tiga percubaan tepat Penang sebelum itu ditewaskan oleh Hilal El Helwe pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan Penang untuk mendapatkan gol kedua khususnya tandukan Casagrande tersasar di depan gol pada minit ke-51 disusuli penyudah kurang kemas dari T Saravanan tiga minit berselang.

sumber:- BH

Selepas ini, Penang akan melayan kunjungan jiran tetangga, Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi ‘Derbi Utara’ sementara NSFC akan berdepan PJ City FC di Paroi.