Sukan

Cristiano Ronaldo kini disiasat

Polis Merseyside sedang meneliti rakaman CCTV untuk menentukan sama ada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo melakukan kesalahan dengan mengh3mpas telefon bimbit daripada tangan penyokong selepas pasukannya tewas 0-1 di Everton.

Tular rakaman video di media sosial Ronaldo dilihat kelihatan meleret tangannya ke atas permukaan ketika dia keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park selepas tamat perlawanan.

Saksi berkata, bintang berusia 37 tahun itu kemudian menepis telefon bimbit penyokong dan menghempasnya di atas permukaan sebelum Ronaldo menerusi akaun Instagram miliknya memohon maaf atas kejadian berkenaan.

Jurucakap Polis Merseyside berkata pasukan itu sedang berhubung dengan kedua-dua kelab selepas menerima laporan insiden itu.

Ketika pemain meninggalkan padang pada jam 2.30 petang, dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah diserang oleh salah seorang pemain pasukan pelawat ketika mereka meninggalkan padang.

“Siasatan sedang dijalankan dan pegawai sedang bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Everton untuk meneliti rakaman CCTV dan menjalankan siasatan sebelum menentukan sama ada kesalahan dilakukan,” kata jurucakap itu.

sumber:- BH

Kekalahan itu menyebabkan United berada di tangga ketujuh di saingan Liga Perdana sekali gus berdepan prospek terlepas tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.