Pengendali Penang FC (PFC), Tomas Trucha menyifatkan persembahan anak buahnya ketika terikat 1-1 dengan NSFC malam tadi, sebagai aksi terbaik yang disaksikan olehnya dalam saingan liga setakat ini.

Di sebalik sekali lagi terlepas peluang mengutip mata penuh, namun jurulatih dari Republik Czech itu tetap berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan pemain dalam perlawanan demi perlawanan.

Taktikal kami okay dan kita terus bekerja keras. Saya boleh katakan ini perlawanan terbaik dalam empat aksi setakat ini cuma sayangnya, kita tidak dapat menjaringkan lebih daripada satu gol.

Saya tidak boleh gembira dengan keputusan ini kerana kita mahu tiga mata. Kita ada beberapa peluang menjaringkan gol dan mungkin 3-1 atau 2-1 adalah keputusan yang adil kepada kita.

“Kita sudah hilang enam mata, pemain pun nampak kecewa di bilik persalinan tetapi saya bangga dengan usaha pemain. Kita perlu terus bekerja keras supaya tuah akan memihak kepada kita,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bandaraya itu, dua sepakan penalti pada babak pertama masing-masing disempurnakan oleh Zaquan Adha Abdul Radzak dan Hilal el Helwe memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Sementara itu, pengendali Jang, K Devan mengakui anak buahnya bernasib baik apabila berjaya mencuri satu mata khususnya selepas berdepan aksi lebih ‘garang’ tuan rumah pada separuh masa kedua.

Babak pertama memang seimbang tetapi selepas rehat, PFC ada peluang yang lebih baik untuk menjaringkan gol berbanding NSFC. Pemain pun tidak bermain seperti dalam dua aksi terdahulu.

sumber:- BH

“Mujurlah pertahanan dan penjaga gol kita, Syihan Hazmi beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya lawan. Satu mata lebih baik daripada pulang tangan kosong,” katanya.