Sukan

United tersungkur lagi

Everton mengutip tiga mata berharga dalam misi mengelak daripada penyingkiran apabila menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park sebentar tadi.

Skuad bimbingan Frank Lampard itu berdepan kr!sis lebih buruk apabila tewas di tangan Burnley pada pertengahan liga dan berdepan prospek menghuni tiga tangga terbawah jika keputusan hujung minggu tidak berpihak kepada mereka.

Namun, jaringan tunggal Anthony Gordon yang terbias kapten United, Harry Maguire pada minit ke-27 sudah cukup untuk memberi kemenangan penuh bermakna buat pasukan itu.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford menyelamatkan dua percubaan daripada Marcus Rashford selain mereka turut berjaya menghalang percubaan Cristiano Ronaldo di hujung permainan.

sumber:- BH

United jelas tidak begitu mengancam pada aksi terbabit apabila gagal mencari gol yang dimahukan sekali gus terus menyukarkan misi mereka memburu kedudukan empat terbaik musim ini. -AGENSI