Sukan

Sah hilang tiga import

Melaka United FC akan turun berdepan Kuala Lumpur City FC tanpa tiga tonggak import menjelang aksi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras malam esok.

Tiga pemain yang dimaksudkan adalah Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti dan Adriano.

Pasukan Hang Tuah itu dilaporkan sedang mengalami masalah tunggakan gaji selama tiga bulan sehingga menjejaskan prestasi di atas padang, di mana mereka seri sekali dan tewas dua kali sepanjang tiga perlawanan musim ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Risto Vidakovic, berkata ketiadaan tiga pemain import itu adalah disebabkan masalah kec3deraan dan barisan pemainnya masih bersikap profesional di atas padang walaupun beraksi dengan keadaan gaji tertunggak.

“Kami perlu profesional. Kami perlu memainkan peranan kami dan menantikan yang terbaik akan tiba agar segalanya kembali normal dan kami boleh berlatih dan bermain dalam keadaan normal,” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Kami perlu fokus terhadap bola sepak kami dan sentiasa menjadi profesional.”Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi pemain yang terpilih esok akan memberikan seratus peratus.

Secara peribadi, saya percaya dengan pemain yang kami ada dan saya fikir kami mampu bermain dengan baik.

sumber:- SA

“Mereka (tiga pemain import) c3dera, kami ada ramai pemain yang c3dera.”Tetapi kami tidak boleh bergantung kepada mereka, kami perlu fokus dengan pemain yang kami ada di sini kerana mereka boleh bermain,” katanya.