Sukan

Brad Maloney besarkan lagi skop pencarian

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney memperbesarkan lagi skop pencarian pemain apabila mempunyai sekurang-kurangnya 50 pemain dalam radar untuk dibawa ke Sukan Sea Vietnam.

Beliau berkata, senarai nama terbabit turut merangkumi pemain yang beraksi di luar negara dengan masing-masing akan dipantau sebelum diserapkan dalam pasukan.

Katanya, Sukan Sea Vietnam bukan hanya menjadi medan menguji pemain baharu namun mahu melihat kombinasi dan kesefahaman mereka sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 Jun ini.

Kita perluaskan lagi pencarian pemain muda dengan melihat kira-kira 50 individu berkelayakan untuk diuji sebelum diserap dalam pasukan.

“Berdasarkan peraturan pertandingan, kita hanya boleh menyenaraikan 20 pemain saja sekali gus hanya layak saja akan dibawa kelak,” katanya.

Sementara itu, Maloney berkata, barisan kejurulatihan tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada saingan Sukan Sea Vietnam kelak.

“Namun, kami tetap optimis mampu mencipta keputusan positif dengan dibarisi pemain terbaik sekali gus mampu memberi tentangan sengit,” katanya.

sumber:- HM

Anak buah Maloney bakal menghadapi jadual padat apabila mengharungi Sukan Sea di Hanoi (12 hingga 23 Mei ini), Piala Asia B-23 di Uzbekistan (1-19 Jun) dan Sukan Asia (10–25 September).