Sukan

Bola Sepak Malaysia masih dijajah

PENGENDALI Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak menyifatkan layangan kad merah ketika aksi Liga Super men3ntang penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Rabu sebagai membvnuh perlawanan tersebut.

Saya tidak mahu komen (mengenai perlawanan) sebab saya akan bercakap mengenai pengadil. Sekiranya saya tidak bercakap mengenai pengadil, tiada apa yang hendak diperkatakan…saya tidak boleh bercakap mengenai pengadil kerana akan didenda nanti.

Boleh saya tanya anda semua, apa detik penting pada perlawanan tadi? Kami tidak gembira dengan pengadil dan akan hantar klip video kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya tidak mahu komen lanjut, tapi saya fikir kad merah membvnuh perlawanan ini. Itu (mutu pengadilan perlu ditanya kepada orang lain dan bukan saya…,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Pengurusan The City Boys difahamkan akan membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan kelemahan mutu pengadilan pada perlawanan ketiga liga kedua-dua pasukan tersebut.

Terdahulu aksi di Cheras itu menyaksikan The City Boys terpaksa beraksi sepanjang 30 minit terakhir dengan 10 pemain pada minit ke-56 selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Razlan Jofri Ali selepas mengasari tonggak import Harimau Selatan, Leandro Velazquez.

Pada perlawanan itu, Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora mendahului tuan rumah menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-18 sebelum dua gol lagi daripada Bergson da Silva pada minit ke-82′ dan 95′ memadam kebangkitan tuan rumah.

sumber:- SH

Sementara itu, Kenny dalam satu ciapan Twitternya menulis “Malaysia sudah merdeka tetapi bola sepak Malaysia masih dijajah.”; mengundang persoalan dalam kalangan komuniti bola sepak negara ini.