Sukan

Kedah terus kejar JDT

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Sri Pahang FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Pemain pertahanan, Rodney Celvin muncul wira skuad Kenari apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus memastikan Kedah mengutip mata penuh di laman sendiri.

Kedah memberi amaran awal apabila meng@ncam gawang pelawat pada minit ketujuh dan kesembilan melalui percubaan kapten pasukan, Syazwan Zainon yang bertindak pantas dalam kotak penalti namun percubaannya gagal menewaskan penjaga gol tinggi lampai Mamadou Samassa.

Ini disusuli beberapa gerakan yang dilancarkan kedua-dua pasukan untuk membvru gol pembukaan namun gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kemasukan pemain sayap lincah, Syafiq Ahmad pada babak kedua berjaya menukar rentak Kedah apabila Fayadh Zulkifli hampir membolosi gawang Sri Pahang pada minit ke-48 melalui larian solo sebelum percubaannya tersasar ke kiri gawang lawan.

Usaha Kedah mencari gol akhirnya berjaya pada minit ke-54 apabila bola tandukan Syafiq Ahmad gagal ditangkap kemas Mamadou Samassa dan kesempatan itu diambil Rodney Celvin yang bertindak pantas meletakkan bola ke gawang lawan.

Sri Pahang cuba bangkit dengan melancarkan s3rangan melalui pemain import dari Jordan Mahmoud Saleem yang melakukan percubaan pada minit ke-68 namun tersasar ke bahagian kiri gawang Kedah.

sumber:- BH

Kedah hampir menambah gol kedua melalui Syafiq pada minit ke-84 dan 88 namun peluang itu gagal disempurnakan pemain berkenaan.