Sukan

Anak tempatan bedal TFC

Terengganu FC (TFC) membuka kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan langkah sumbang apabila dijinakkan PJ City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Meskipun TFC menurunkan empat pemain import dalam kesebelasan utama, namun kelibat striker berd@rah kacukan, Darren Lok sudah cukup untuk skuad ‘Phoenix’ mer0bek gawang mereka tiga kali.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan P Maniam itu merakam kemenangan kedua pada musim ini sementara skuad ‘Penyu’ jelas perlu bekerja lebih keras dalam aksi seterusnya terutama selepas memulakan liga agak lewat berbanding pasukan lain.

Pada aksi terbabit, Darren hanya memerlukan 13 minit untuk menewaskan Mohd Suhaimi Hussin apabila bijak menampan masuk hantaran K Kannan untuk gol pertama tuan rumah.

sumber:- BH

Kannan sekali lagi menjadi perancang apabila hantaran lintangnya disudahkan Darren untuk melebarkan jurang buat PJ City FC pada minit ke-31 sebelum striker kebangsaan itu melengkapkan hatriknya tujuh minit berselang.