Sukan

Luahan jeneral tengah KDA FC

Walaupun terpaksa berehat lebih sebulan disebabkan kec3deraan hamstring, pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Muhd Khairu Azrin Khazali enggan mengangkat bendera putih dan melepaskan posisinya kepada rakan sepasukan.

Malah, Khairu berazam mahu memberikan persembahan terbaik, sekali gus memastikan dia menjadi antara pilihan utama pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak untuk diturunkan kelak.

Khairu berkata, dia tidak goyah walaupun terpaksa bersaing merebut posisi sebagai jeneral tengah KDA FC bersama pemain import lain.

Bersama Kedah, Khairu mengakui dia berdepan cabaran hebat bagi meraih tempat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran ramai pemain berkualiti di bahagian tengah.

Di posisi saya, ada pemain import seperti Dechi Machel yang pasti menjadi pilihan utama berdasarkan kualiti dimiliki.

Semasa saya c3dera, jurulatih memilih Fadzrul Danel selain tidak dilupakan pemain seperti Amirul Hisyam serta Asnan Ahmad.

“Semua ini adalah pemain sangat hebat dan saya perlu bekerja keras semasa latihan bagi memikat perhatian jurulatih dan ini persaingan sihat demi kebaikan pasukan yang akan melalui pelbagai kejohanan musim ini termasuk Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia),” katanya.

Selain itu, Khairu berkata, ketika ini dia berada pada tahap terbaik untuk tampil memperagakan aksi bersama pasukan.

Menurutnya, kecederaan dialami itu membuatkan dia lebih kuat untuk berusaha meningkatkan lagi kualiti persembahan.

sumber:- HM

KDA FC akan melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Darul Aman, malam ini.