Sukan

Empayar Kim Swee mula tunjuk kejayaan

Kepincangan Melaka United di permulaan saingan Liga Super musim 2022 akhirnya membuka rahsia sebenar di sebalik aksi hambar dengan terbaru merekodkan kekalahan kedua musim ini, tewas kepada Sabah FC 0-1 di Stadium Hang Jebat semalam.

Ketika Melaka bergelut dengan isu yang melanda pasukan, lain pula senario di kem Sabah yang berdepan misi besar mengekalkan aksi konsisten untuk terus kekal di kelompok terbaik Liga Super.

Empayar yang dibina Ong Kim Swee sudah mula menunjukkan hasilnya — himpunan bakat terbaik negara menjadi nilai tambah kepada kejayaan sabah merekodkan kemenangan kedua dan berada di tangga ketiga liga.

Percaturan Kim Swee menggandingkan Baddrol Bakhtiar dan Park Tae-soo jadi detik penentu selepas import Korea Selatan itu mel3dak gol tunggal perlawanan — namun Kim Swee Berasakan kemenangan itu hasil kerjasama sepasukan.

sumber:- SA

Sementara itu, biarpun tewas, Risto Vidaković tetap berbangga dengan inisiatif pemainnya yang cuba untuk menghadirkan tentangan sepanjang perlawanan walaupun pasukannya dikhabarkan dilanda masalah dalaman.