Sukan

Bukan mudah nak ‘titik’ Selangor

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan mengakui bukan mudah bagi pasukannya untuk menafikan kehebatan Selangor FC biarpun mereka mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Malah, beliau menegaskan bahawa di atas kertas sudah menunjukkan Selangor memiliki reputasi dan keupayaan tinggi dengan barisan pemain tempatan dan import berpengalaman.

Lihat sahaja kesebelasan utama terutama pemain import yang diturunkan Selangor yang jelas mereka lebih baik.

“Namun, kita mula mendapat kelebihan apabila mereka beraksi dengan 10 pemain. Apapun prestasi pemain Negeri Sembilan malam ini (malam tadi) dengan menjaringkan dua gol selepas ketinggalan adalah satu pencapaian yang baik,” katanya.

membuatkan rentak skuad Hobin Jang Hobin sedikit hilang fokus dengan Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Bukan mudah untuk mereka yang berpuasa bermain dalam aksi berintensiti tinggi dan kita nampak keletihan pada diri pemain walaupun kita tahu pemain ini dari segi kecergasan memang bagus.

“Tapi nampak ada keletihan dalam kalangan pemain dan tambahan pula kira-kira sebulan liga terhenti yang turut tidak terkecuali memberi impak kepada keseluruhan persembahan,” katanya.

Pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi, Negeri Sembilan ketinggalan 0-2 kepada Selangor untuk tempoh hampir 60 minit permainan hasil gol sendiri Nasrullah Hanif Johan pada minit ke-34 dan jaringan Herlizon Sauza Ferreeira pada minit ke-49.

sumber:- BH

Bagaimanapun anak buah Devan berjaya bangkit menerusi jaringan Herold Mark Goulon pada minit ke-57 disusuli jaringan Kossi Adetu yang menyamakan kedudukan, 15 minit sebelum tamat perlawanan.