Sukan

Belum lagi ‘mengaum’ sepenuhnya

Pengendali Penang FC, Tomas Trucha percaya skuad Harimau Kumbang belum lagi ‘mengaum’ sepenuhnya selepas terus kempunan untuk merakam kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Super setakat ini.

Pada aksi bertemu Sarawak United malam tadi, mereka sekali lagi mensia-siakan peluang selepas mendahului permainan menerusi Casagrande pada minit ke-73 sebelum dikecewakan dengan jaringan penyamaan Boris Kok pada minit ke-83.

Namun di sebalik kekecewaan dengan keputusan seri itu, Trucha tetap mengakui anak buahnya masih boleh menunjukkan peningkatan khususnya mengambil kira mereka kini memiliki skuad yang lengkap selepas ini.

Kita ada lebih banyak peluang dalam perlawanan ini tetapi kita tidak menyudahkannya, jadi kita dihukum dengan kehilangan dua mata.

“Secara keseluruhan, saya tahu kita boleh bermain dengan lebih baik lagi. Dalam dua perlawanan pertama, kita beraksi tanpa Casagrande dan Endrick (dos Santos) jadi persefahaman belum cukup baik lagi.

“Kita pun sudah berehat lebih tiga minggu kerana aksi antarabangsa tetapi saya yakin kita boleh terus meningkat dengan lebih banyak perlawanan. Kita tunggu perlawanan seterusnya,” kata jurulatih dari Republik Czech itu.

Sementara itu, jurulatih Sarawak United, B Sathianathan menegaskan anak buahnya layak untuk mengutip mata pertama pada musim ini selepas mereka memperagakan persembahan yang luar biasa.

Bukan mudah men3ntang Penang FC kerana mereka adalah tiga pasukan terbaik pada musim lalu. Mereka ada Casagrande yang meledak 12 ke 13 gol semusim dan susah untuk dikawal dengan ketinggian serta kekuatannya.

sumber:- BH

“Kita tahu saingan Liga Super dan Liga Perdana sangat berbeza, jadi saya bangga dengan persembahan pemain. Pemain nampak cergas dan selesa,” katanya.