Sukan

Sah Rayuan TFC sudah terima jawapan dari MFL

Terengganu Football Club (TFC) mengesahkan menerima surat jawapan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung bantahan kelab itu dan memohon pindaan semula jadual perlawanan tiga aksi berturut-turut di tempat lawan pada Ramadan dan tiga perlawanan terakhir di gelanggang lawan dalam saingan Liga Super, musim ini.

Perkara ini diakui Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh yang memaklumkan surat jawapan itu diterima melalui e-mel rasmi kelab berkenaan bertarikh 15 Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, permohonan berkenaan ditolak pengelola bola sepak negara itu dengan mengambil kira perlawanan tertunda sebelum ini perlu dibuat penjadualan semula akibat pemain dan pegawai pasukan dijangk!ti w@bak pand3mik C0vid-19.

TFC Sdn Bhd sudah menerima surat jawapan daripada MFL berkaitan permohonan pindaan jadual perlawanan secara berturutan pada bulan puasa dan tiga perlawanan terakhir berturutan di tempat lawan melalui e-mel rasmi kelab ini.

Jadi kami memohon maaf berkenaan kenyataan dikeluarkan TFC sebelum ini yang menyatakan belum menerima sebarang maklum balas mengenai permohonan itu.

“Permohonan kami ditolak dengan pertimbangan mengambil kira perlawanan tertunda perlu dibuat penjadualan semula akibat C0vid-19, jadi jadual dikeluarkan sebelum ini membabitkan TFC bermain tiga perlawanan berturut-turut pada bulan puasa dan tiga perlawanan terakhir di tempat lawan dikekalkan dan masih berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, setelah pindaan peraturan baharu mengenai protokol C0vid-19 dikeluarkan MFL iaitu tiada lagi penundaan perlawanan meskipun pegawai dan pemain dijangk!ti w@bak itu melebihi 50 peratus dan pasukan hendaklah menyenaraikan pemain daripada reserve team (feeder), Piala Presiden dan Belia bagi meneruskan perlawanan.

Menurutnya, pihaknya memohon kerjasama dan jasa baik MFL dengan peraturan protokol C0vid-19 dikuatkuasakan ini, penyusunan semula jadual mampu dan boleh dipertimbangkan semula secara berselang-seli dengan mengambil kira bebanan perlawanan berturutan di tempat lawan membabitkan pasukan TFC.

Terdahulu, MFL memaklumkan sudah mengadakan beberapa sesi panggilan video bersama pihak pengurusan TFC bertujuan memberi pemahaman serta mencari kaedah terbaik menegnai isu itu.

Bagaimanapun, pindaan penjadualan Liga Malaysia (Liga M) 2022 tidak dapat dilaksanakan, sekali gus menyaksikan jadual itu kekal untuk memberi ruang kepada perlawanan tertunda membabitkan TFC dan pasukan lain yang turut terjejas.

sumber>- HM

Pada 8 Februari lalu, TFC menghantar surat bantahan kepada MFL memohon pindaan jadual perlawanan membabitkan pasukan itu selepas perlu tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan pada bulan puasa dan tiga perlawanan terakhir liga di tempat lawan yang sudah tentu memberi kesan kepada pasukan.