Walaupun terlepas gelaran di Masters Orleans, beregu lelaki muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri mengakui pencapaian mara sehingga ke final memberikan tonik tambahan kepada mereka dalam misi mencipta kejutan di Sukan SEA Hanoi.
Pasangan ranking ke-103 dunia itu terpaksa menarik diri daripada aksi final bertemu beregu Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq di Paris, Perancis, malam tadi selepas Haikal diuji p0sitif C0VID-19 sebelum perlawanan.
Keputusan berkenaan melebvrkan impian pasangan yang diberi julukan ‘Patatimo’ itu untuk merekodkan gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 100.
Sejak mula kejohanan, Wan Arif-Haikal sudah membuktikan potensi dimiliki mereka apabila menumbangkan pemain ranking ke-30 dunia dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior ketika aksi pusingan pertama.
Malah, mereka juga membuktikan puasa tidak menjadi halangan untuk mempamerkan prestasi terbaik apabila berjaya melangkah ke final Masters Orleans selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Eloi Adam-Julien Maio.
Sejujurnya, ada sedikit kecewa kerana tidak dapat beraksi di final tetapi saya percaya dan yakin apa yang terjadi pasti ada hikmah yang ditetapkan oleh Allah.
“Secara keseluruhan, saya merasa kombinasi kami semaki baik. Bukan itu saja, sejak beberapa siri kejohanan sebelum ini pun sudah membantu meningkatkan tahap keyakinan kami beraksi di peringkat senior.
“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi kali ini dan cuba memperbaiki apa yang kurang untuk kejohanan akan datang,” katanya Wan Arif yang berjaya merangkul tiga gelaran kejohanan tahap rendah bersama Haikal, tahun lalu.
Wan Arif-Haikal selepas ini akan mengalihkan fokus mereka terhadap persiapan menghadapi Sukan SEA Hanoi yang akan bermula 12 hingga 23 Mei ini.
Sebagai rekod, ia adalah penampilan pertama mereka di temasya dwitahunan itu dengan Malaysia hadir sebagai juara bertahan dalam acara beregu lelaki selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik memenangi pingat emas pada edisi 2019 di Filipina.
sumber :- BH
“Sasaran awal kami adalah untuk mara ke separuh akhir dan saya percaya jika kami mampu berikan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan, kami boleh mencapainya,” kata Wan Arif.