Gandingan tiga serangkai, S Kumaahran, Darren Lok dan Mahali Jasuli menjadi taruhan skuad Petaling Jaya (PJ) City FC, dalam pertembungan Liga Super men3ntang Terengganu FC (TFC), di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), esok.

Pengurus pasukan itu, K Rajendran berkata, selepas khidmat kapten K Gurusamy tidak dapat dimanfaatkan kerana masalah kecergasan, pasukan mengharapkan Kumaahran, Darren Lok dan Mahali untuk mengemudi jentera s3rangan.

Katanya, walaupun perancangan dan percaturan ketua jurulatih, P Maniam sedikit terganggu dengan ketiadaan Gurusamy, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan persiapan pasukan dalam menghadapi TFC.

Hanya Gurusamy yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan men3ntang TFC kerana kurang cergas manakala pemain lain dalam keadaan baik dan bersedia.

Saya mengharapkan semua pemain yang dipilih oleh jurulatih dapat menunjukkan karektor yang baik di padang dan tidak melakukan banyak kesilapan yang boleh menjejaskan perancangan pasukan.

“Fokus kita untuk mendapatkan tiga mata walaupun berhadapan dengan sebuah pasukan yang memiliki rentetan rekod baik di Liga Malaysia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajendran percaya anak buah Maniam mampu mempamerkan persembahan terbaik sepanjang tempoh 90 minit permainan dan merealisasikan kemenangan, jika mengambil kira faktor persiapan dan komitmen yang mereka tampilkan dalam latihan.

Beliau berharap, kejayaan menewaskan Melaka United FC pada perlawanan pertama Liga Super musim ini di tempat lawan, dapat diulangi ke atas anak buah Nafuzi Zain.

Menurutnya, pihaknya sedar, TFC memiliki barisan pemain tempatan berpengalaman selain tenaga import yang berwibawa seperti Tchetche Kipre dan Kpah Sherman, berbanding PJ City yang menggunakan tenaga tempatan 100 peratus.

Namun, saya percaya mereka sudah membuktikan kemampuan sebenar dalam perlawanan liga sebelum ini dan yakin pemain boleh melakukannya ke atas TFC.

Peluang meraih kemenangan tetap ada kerana kelebihan beraksi di laman sendiri tapi jangan ambil mudah kerana TFC beraksi pertama kali musim ini dan tidak diketahui kemampuan sebenar mereka.

sumber:- HM

“Saya harap pemain dapat beraksi dengan komitmen yang tinggi dan bertindak bijak dalam memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol,” katanya.