Sukan

Apa sahaja diputuskan , kami ikut

Pasukan Liga Malaysia menganggap Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlawanan Liga Malaysia 2022 apabila tiada lagi penundaan perlawanan membabitkan pasukan terkena jangk!tan C0vid-19 adalah tepat bagi mengelakkan mereka berdepan jadual padat.

Pengendali Negeri Sembilan FC, K Devan menyifatkan pasukan amat menitikberatkan langkah berjaga-jaga ketika ini memandangkan mereka pernah dijangk!ti hampir satu pasukan sehingga terpaksa memohon penundaan perlawanan.

Berikutan itu, SOP baharu ini akan dapat memastikan pasukan sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan apabila dibenarkan untuk mendaftarkan pemain dari pasukan Reserve Team, Piala Presiden atau Piala Belia ke dalam senarai pilihan skuad utama sekiranya ada pemain dijangk!ti C0vid-19.

Sebelum ini, pernah hampir satu pasukan kami p0sitif C0vid-19, jadi kalau boleh tidak mahu benda sama berulang lagi.

Apa sahaja diputuskan MFL, kami akan ikut sahaja asalkan ia yang terbaik untuk pasukan dan kami pun ada ramai pemain dalam skuad utama.

“Memang kami ada pemain dari pasukan Piala Presiden dan Piala Belia, tetapi kalau boleh tidak mahu ketandusan pemain sendiri untuk beraksi,” katanya.

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya jadual Liga Malaysia pada musim ini akan bertambah baik tanpa penundaan perlawanan memandangkan semua pasukan mempunyai ramai pemain di peringkat Piala Presiden, Piala Belia dan Reserve Team untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa.

Sememangnya perkara ini harus dilakukan memandangkan kalau kita tengok liga di luar negara sudah menggunakan sistem seperti ini.

Menerusi peraturan baharu ini ditambah dengan semua pasukan ada ramai pemain di peringkat Piala Presiden, Piala Belia dan Reserve Team, saya tidak nampak akan timbul masalah jadual padat.

sumber:- HM

“Pada masa sama, akan membantu skuad kebangsaan apabila perancangan mereka tidak akan terjejas sekiranya jadual liga berjalan lancar,” katanya.