Sukan

Mat Yo bakal ikut jejak Safiq Rahim

Dua jaringan bekas striker kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha ketika berdepan PIB FC membolehkannya terpilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan bagi aksi Pusingan Pertama Piala FA, kelmarin.

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUFC) dalam satu kenyataan mengitiraf Mat Yo sebagai pemain terbaik perlawanan yang berkesudahan Melaka United mengatasi PIB FC 4-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Katanya, biarpun hanya beraksi pada separuh masa kedua, pemain terbabit berjaya menyumbang dua gol ketika mencatat kemenangan bergaya ke atas barisan pelawat untuk mara ke pusingan kedua.

Kelibatnya banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian-larian dan gerakan berb@haya.

“Mat Yo menggunakan kelebihan menggelecek yang kerap kali mengelirukan pihak lawan. Kemampuan Mat Yo membuktikan beliau masih berbisa di bahagian hadapan untuk membantu skuad Hang Tuah musim ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Muhammad Akram Abdullah turut berpuas hati dengan persembahan striker terbabit yang kian menemui sentuhan berbisanya

Menurutnya, dia amat yakin Mat Yo akan tampil dengan karakter sebenar sebagai striker disegani sekali gus melonjak prestasi pasukan terbabit.

Akram berkata, penggempur terbabit antara striker yang masih berbisa dan jika sentuhannya terus menjadi, tidak mustahil dia mampu tersenarai dalam skuad kebangsaan seperti mana pemain tengah negara Shafiq Rahim yang kini menyinar semula di bawah kendalian jurulatih, Kim Pan-gon.

Mat Yo dan semua pemain Melaka dalam pembentukan keserasian yang lebih jitu selepas pasukan terpaksa menangguhkan latihan selama seminggu berikutan 16 anggota skuad terbabit positif C0vid-19.

sumber:- HM

Kemenangan besar ke atas PIB FC memberi svntikan semangat menjelang aksi berdepan Sabah di saingan Liga Super Selasa ini dekat Stadium Hang Jebat.