Sukan

Penjaga gol TFC terpaksa bergelut

Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim mengakui terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan tahap kecergasan yang lebih konsisten dan mampu beraksi cemerlang apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Rahadiazli berkata, tempoh hampir setahun berehat panjang berikutan kec3deraan (ACL) selain penundaan liga berikutan penularan C0vid-19 di kalangan pemain menyebabkan dia masih tidak berpeluang beraksi bersama pasukan.

Katanya, pada masa ini dia menjalani latihan dengan cukup konsisten dan mengharapkan mampu memberikan persembahan terbaik untuk TFC apabila disenaraikan kelak.

“Kalau ditambah dengan penundaan perlawanan ketika ini, lebih kurang setahun saya tidak bermain dalam liga disebabkan ACL pada tahun lalu.

Memang momentum tu susah nak dapat dan pramusim selama empat bulan ini memang susah tetapi sekarang saya kena rebut peluang juga untuk beraksi sebab sudah lama sangat tunggu.

“Sepatutnya apabila dipanggil ke skuad kebangsaan, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya tetapi selepas saya positif C0vid-19, saya anggap tiada rezeki saya di situ.

“Mungkin saya sendiri juga belum cergas sepenuhnya dan sekarang kena fokus betul-betul untuk mempersiapkan diri,” jelasnya.

Menjelang perlawanan pertama TFC men3ntang PJ City FC pada Rabu ini, Rahadiazli menjangkakan pert3mbungan yang sukar akan dihadapi dan pasukan tidak boleh tercicir mata.

Ini kerana tiga perlawanan awal membabitkan pasukan ini adalah di tempat lawan dan pemain perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan berterusan.

Perlawanan pertama menentang PJ City adalah di tempat lawan, begitu juga dengan dua lagi perlawanan akan datang, jadi ia bukan perkara mudah untuk kami.

sumber:- HM

“Tetapi itu tidak akan menjadi alasan untuk pasukan tidak membawa pulang mata ke Terengganu dan kami akan cuba sedaya upaya menang dalam perlawanan nanti,” tambahnya.