Bekas striker berbisa negara menyokong sekiranya kelab atau akademi bola sepak boleh menyediakan jurulatih yang spesifik untuk bahagian s3rangan dalam usaha melahirkan lebih ramai ‘mesin gol’ Harimau Malaya pada masa akan datang.

Penjaring terbanyak Liga Perdana 2002, Khalid Jamlus menyifatkan langkah itu bagus dan dilihat mampu menangani masalah ketandusan striker tulen yang dihadapi skuad negara.

Bekas pemain Perak dan Selangor itu berkata, apa yang menjadi masalah ketika ini adalah striker tempatan tidak mendapat peluang yang secukupnya beraksi dalam saingan kompetitif dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana posisi itu kebanyakan diisi pemain import.

Tidak menafikan sesetengah jurulatih di kelab atau akademi turut ada menerapkan kemahiran kepada striker, namun Khalid berpendapat sekiranya latihan lebih spesifik diberikan mampu meningkatkan lagi potensi seseorang pemain untuk bergelar peledak berbisa negara.

Bila ada cetusan (cadangan) macam ini sekurang-kurangnya kita boleh cuba elak masalah ketandusan dari segi kualiti atau kredibiliti seseorang pemain itu menjadi striker hebat satu hari nanti.

Cetusan macam itu bagus yang mana orang kata bola sepak negara kita sekarang ini ketandusan penyerang tulen. Hari itu kita nampak Akhyar (Rashid), dia bukan seorang striker tapi dia dapat beri persembahan terbaik dan boleh jaringkan gol, bagus.

Tapi mana striker kita? Berapa sangat penyerang yang ada, kalau zaman saya dulu ada Akmal Rizal (Ahmad Rakhli), Hairuddin Omar, V Saravanan, ramai penyerang. Sekarang ini orang hanya nampak Syafiq Ahmad dengan Luqman Hakim dan lagi satu Shahrel Fikri (Fauzi).

“Sekarang ini pilihan untuk memilih (penyerang) sangat terhad. Pemain kita sekarang ini juga dibayangi pemain import, susah nak dapat peluang bermain untuk tunjukkan bakat. Bila kamu banyak duduk di bangku simpanan, tiba-tiba bermain untuk pasukan kebangsaan, kamu tak terkejut ke?

“Setiap negeri ada jurulatih yang berkemahiran. Namun, jika ada (bekas) striker yang hebat, jadi kenapa tidak (ambil jadi jurulatih striker), gunalah dia untuk mengajar pemain muda, tak kisah pasukan utama, kedua atau ketiga,” katanya kepada BH Sukan.

Menerusi laporan BH Sukan, semalam, pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim mencadangkan kelab atau akademi boleh memanfaatkan kepakaran bekas striker terbaik seperti Zainal Abidin Hassan, Khalid, Hairuddin Omar dan ramai lagi untuk memberi latihan khas menjadi ‘mesin gol’.

Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjelaskan langkah berkenaan dianggap lebih baik buat masa ini berbanding cadangan supaya mengurangkan pemain import dalam Liga Malaysia (Liga M).

Sementara itu, seorang lagi bekas striker skuad negara, Hashim Mustapha turut menyokong cadangan itu sambil menyifatkan ia sepatutnya sudah lama dilakukan.

Pemenang kasut emas Liga Perdana 1993 dan 1994 itu berkata, perkara seperti kemahiran, ketenangan dan ketepatan melakukan penyudah serta bijak mencari ruang menjadi elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri seorang penyerang tulen.

Saya sudah lama cakap, membentuk striker ini kita perlu mula dari bawah, umur 12 atau 13 tahun lagi. Mereka kena diterapkan dengan ciri-ciri penyerang kerana peluang untuk menjaringkan gol tak banyak kita akan dapat.

sumber:- BH

“Jangan pilih bola, kalau peluang itu bukan 100 peratus boleh gol pun kita kena cuba jaringkan. Sama ada masuk atau tidak, itu perkara kedua. Kaki kiri dan kanan pun kena hidup (berfungsi dengan baik),” katanya.