Sukan

Bengang dengan aksi Melaka United

Pemain Melaka United jelas perlu lebih bekerja keras untuk memuaskan hati Risto Vidakovic walaupun sudah ‘menghadiahkan’ tiket pusingan kedua Piala FA kepada jurulatih itu.

Ini kerana pengendali dari Bosnia Herzegovina masih belum berpuas hati dengan apa yang disajikan oleh anak buahnya ketika berdepan pasukan Liga M3, PIB FC yang berakhir dengan kemenangan 4-0 buat pasukan Liga Super itu, malam tadi.

Apapun, Vidakovic tetap mengakui kemenangan itu melegakan mereka namun dia menuntut anak buahnya tampil dengan persembahan yang lebih mantap menjelang aksi Liga Super, minggu depan.

Saya tidak begitu berpuas hati terutamanya pada babak pertama kerana kita terlalu tergesa-gesa dan cepat kehilangan bola. Kita tidak bermain seperti yang kita sudah rancangkan.

“Pasukan lawan nampak lebih bermotivasi tetapi kita tidak boleh memandang rendah kepada mana-mana pasukan. Kita perlu beraksi dengan lebih baik daripada apa yang ditunjukkan pada malam ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih PIB FC, K Ramachandran menjelaskan kehilangan seorang pemain yang dilayangkan kad merah jelas merencatkan harapan mereka untuk mencipta kejutan terutama selepas hanya ketinggalan 1-0 pada babak pertama.

Katanya, kehilangan Shukri Azman yang tertampan bola membolehkan tuan rumah memiliki kelebihan besar sekali gus ‘mengamuk’ dengan menambah tiga lagi gol selepas itu.

“Apapun, perlawanan ini menyuntik pengalaman berharga buat pemain dalam memperkasa pasukan di pentas Liga M3 walaupun tidak mampu mencipta kemenangan.

Sebelumnya kami sudah meneliti persembahan Melaka termasuk mengenal pasti kekuatan barisan s3rangan mereka terutama menerusi sayap kiri dan kanan.

sumber:- BH

“Namun mereka menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka dalam perlawanan ini,” katanya.