Sukan

Mat Yo buktikan masih berbisa

Dua jaringan bekas striker kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membantu Melaka United melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan PIB FC 4-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, sebentar tadi.

Malah, tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului pelawat menerusi jaringan Emmanuel Oti pada minit ke-11 selepas mengutip hantaran kapten pasukan Sony Norde.

Bagaimanapun selepas itu skuad Hang Tuah buntu menambah jaringan walaupun memiliki beberapa peluang menerusi Khairul Anwar Shahrudin dan Adriano Narcizo.

Bersambung babak kedua tuan rumah terus memberi tekanan kepada pelawat menerusi percubaan Akmal Zahir namun ditampan dengan tangan oleh Sukri Azman sekali gus menghadiah sepakan penalti kepada Melaka.

Adriano yang ditugaskan mengambil sepakan tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Izzat Abd Rahim pada minit ke-56 untuk gol kedua.

Beraksi 10 pemain PIB terus diasak kali ini menerusi Norshahrul yang bijak menolak masuk gol ketiga pada minit ke-60 hasil hantaran Khairul Anwar.

sumber:- BH

Penguasaan penuh skuad Hijau Putih terus menyaksikan PIB lebih banyak berkubu di kawasan sendiri tetapi ia tidak menghalang Norshahrul atau lebih mesra disapa Mat Yo menghadiahkan gol keempat Melaka pada minit ke-76.