Sukan

Kenapa tidak guna Khalid Jamlus

Semua kelab atau akademi bola sepak di negara ini disaran menyediakan ‘sekolah striker’ dalam usaha melahirkan pel3dak berbisa buat skuad Harimau Malaya.

Cadangan itu dilontarkan pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim sambil menyifatkan kelab atau akademi boleh memanfaatkan kepakaran bekas striker terbaik seperti Zainal Abidin Hassan, Khalid Jamlus, Hairuddin Omar dan ramai lagi untuk melakukan latihan khas untuk menjadi ‘mesin gol’.

Beliau yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjelaskan langkah berkenaan dianggap lebih baik buat masa ini berbanding cadangan supaya mengurangkan pemain import dalam Liga Malaysia (Liga M).

Perlu diadakan ‘sekolah peny3rang’ oleh kita semua. Semua pasukan ada buat? Itu masalah Malaysia, kita tak nampak masalah depan mata, mereka nampak masalah jurulatih skuad kebangsaan.

“Khalid Jamlus bekas peny3rang Malaysia, pemenang kasut emas, kenapa tak guna dia sebagai jurulatih peny3rang untuk kelab atau akademi dan Hairuddin Omar juga boleh jadi jurulatih peny3rang.

Kumpul bekas peny3rang terbaik, mereka latih pemain muda untuk lahirkan peny3rang. Peny3rang terbaik satu institusi yang khas dalam bahagian bola sepak.

Ia perlu seseorang yang buat kerja, buat program untuk penyerang, bagi kemahiran yang khas dari awal termasuk peringat sekolah, akademi tunas dan sebagainya.

“Kita boleh gunakan bekas penyerang terbaik, ramai lagi termasuk Zainal Abidin, kumpulkan. Kalau boleh semua kelab adakan jurulatih yang spesifik di setiap bahagian,” katanya kepada BH Sukan.

Pelbagai pandangan dilontarkan segelintir pihak supaya skuad Harimau Malaya dapat mengatasi masalah ketiadaan peny3rang tulen termasuk ada yang meminta FAM mengurangkan kuota import dalam Liga M.

Ada juga cadangan supaya kuota striker import hanya dihadkan kepada satu, namun cadangan itu dilihat agak tidak praktikal kerana kelab boleh sahaja mengikat ramai import dan mendaftarkan mereka sebagai posisi lain.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan dalam laporan BH Sukan, semalam menjelaskan skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu mengharapkan pemain ‘nombor 9’ sahaja untuk menjaringkan gol.

Katanya, skuad itu perlu menggunakan ketajaman penyudah semua pemain yang terbabit dengan bahagian serangan sebagai jalan penyelesaian buat skuad Harimau Malaya yang ketika ini dilihat kekurangan striker tulen.

Ketika aksi persahabatan di Singapura sebelum ini, Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Faisal Halim menjadi striker yang dibawa ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Syafiq dilihat menjadi pilihan utama di bahagian serangan apabila dia beraksi 71 minit ketika berdepan Filipina, namun terpaksa dikeluarkan awal iaitu pada minit ke-16 ketika men3ntang Singapura.

Faisal pula masuk pada minit ke-66 ketika men3ntang Singapura dan dia dilaporkan berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi tertutup berdepan kelab Albirex Niigata Singapura yang menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 3-0.

Selain itu, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan untuk langkah jangka pendek, barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya boleh cuba menukar pemain bahagian lain yang berpotensi untuk jadi penyerang.

Kim Pan Gon (ketua jurulatih Harimau Malaya) bersama dengan E Elavarasan (penolong jurulatih Harimau Malaya) bergabung idea menukar pemain yang ada sekarang ke atas dan didik mereka bagaimana nak jadi striker terbaik.

Kalau tak silap saya, dulu Zainal Abidin main bahagian pertahanan, tapi Frank Lord tukar dia jadi striker. Bagi melahirkan seorang striker terbaik makan masa, sekarang masa sudah tak ada.

sumber:- BH

“Orang luar pun jangan terlalu suka mengutuk atau menghina pasukan. Lebih baik beri idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Kalau panggil Jose Mourinho jadi pengurus Malaysia pun mereka kutuk juga,”katanya.