Demi masa depan dia, Luqman (Hakim Shamsudin) kena keluar cari kelab yang boleh beri dia minit permainan.

Demikian pandangan bekas pemain negara, Bakri Ibni yang mahu Luqman segera ‘menyelamatkan’ karier profesionalnya sebelum terus tengg3lam bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Bakri, 70, antara tonggak utama kejayaan skuad Harimau Malaya layak secara merit ke temasya Sukan Olimpik 1980 menjelaskan, gesaan itu perlu bagi memastikan Luqman meraih kembali sentuhan ‘magisnya’ yang pernah dilabel oleh media antarabangsa, The Guardian antara 60 pemain muda terbaik dunia pada 2019 lalu.

Pengiktirafan itu diberikan bersama bintang Manchester City, Phil Foden, tonggak Manchester United, Jadon Sancho serta pemain Jepun, Takefusa Kubo, namun Luqman semakin ketinggalan jauh di belakang bintang itu.

Jelas Bakri, apa yang mengganggu perkembangan bekas penjaring terbanyak benua Asia B-16 pada 2018 lalu itu adalah kekurangan minit permainan bersama KV Kortrijk yang menyaksikan dia hilang taring dan keyakinan dirinya.

Luqman antara pemain yang saya lihat ada bakat pemberian tuhan yang jarang ada pada anak Malaysia.

“Satu kerugian kalau duduk di sana (Belgium) tiga tahun tapi langsung tak diberi peluang beraksi. Intensiti latihan dan perlawanan berbeza, jadi Luqman perlu minit permainan lebih dalam aksi kompetitif,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, aksi longlai Luqman dapat disaksikan ketika dia bermain untuk skuad negara terutama di saingan Piala AFF Disember lalu dan aksi persahabatan dengan Singapura baru-baru ini.

Menurutnya, striker Singapura iaitu Ikhsan Fandi sebaliknya tampak lebih berbahaya di depan gawang berbanding Luqman yang sepatutnya mampu tampil lebih tajam daripada Ikhsan.

“Sebab itu perlukan minit permainan. Jika Luqman berlatih di Eropah dan sering bermain, saya percaya Luqman boleh jadi striker utama negara walaupun usianya masih muda,” katanya.

“Mungkin lebih baik daripada striker Singapura atau striker lain dari rantau ini. Luqman kena keluar dan cari kelab yang boleh beri dia minit permainan sebelum umur 25 tahun. “Kalau tidak kita akan kerugian. Luqman harus buat keputusan demi kebaikan dirinya,” katanya.

Untuk rekod, bekas pemain dari Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu mengikat kontrak lima tahun dengan KV Kortrijk pada 2019 lalu.Begitupun sepanjang tiga musim, Luqman hanya sekali beraksi dengan skuad utama ketika men3ntang RSC Anderlecht pada musim 2020 lalu sebagai pemain gantian yang menyaksikan kelabnya tewas 1-3.Selepas itu, pemain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu hanya kerap disenaraikan dengan skuad simpanan namun masih gagal juga memecah masuk dalam kesebelasan utama pasukan itu.

sumber:- HM

Bersama skuad Harimau Malaya pula, Luqman sudah mengumpul lapan penampilan tetapi masih belum mencatat nama selaku penjaring.