Sukan

Jangan terlalu bergantung pada ‘nombor 9’

Menggunakan ket@jaman penyudah semua pemain yang terbabit dengan bahagian serangan dianggap menjadi antara jalan penyelesaian buat Harimau Malaya yang ketika ini kekurangan striker tulen.

Malah, kebolehan pemain lain meledak jaringan tanpa mengharapkan hanya seorang striker di bahagian depan juga menjadi sebahagian daripada cara permainan bola sepak moden.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menganggap pasukan negara tidak berdepan masalah dalam menjaringkan gol walaupun ketiadaan striker tulen.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu menjelaskan Harimau Malaya tidak boleh hanya mengharapkan seorang striker tulen atau pemain yang berjersi ‘nombor 9’ di atas padang untuk menjaringkan gol.

Katanya, Harimau Malaya yang kini dikendalikan Kim Pan Gon memiliki ramai pemain tengah dan sayap berkualiti yang mampu menyumbang jaringan buat pasukan.

Kita berjaya jaringkan dua gol lawan Filipina, Singapura satu gol dan semalam (men3ntang Albirex Niigata Singapura) tiga gol. Saya tak nampak pun pasukan kita tak boleh jaringkan gol.

Saya lihat ramai yang boleh jaringkan gol, bukan harapkan seorang sahaja. Semua di bahagian s3rangan boleh jaringkan gol seperti pemain tengah dan sayap.

Macam Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dari bahagian sayap, mereka boleh masuk ke dalam dan jaringkan gol. Menjaringkan gol ini macam-macam boleh datang termasuk dari ‘set pieces’ atau daripada pemain yang lain.

“Jangan striker nombor 9 sahaja kena jaringkan gol, tak bolehlah. Saya fikir jurulatih tak harapkan hanya seorang. Tapi untuk saya terpulang kepada Kim (Pan Gon), dia ada masa untuk lihat liga,” katanya kepada BH Sukan.

Semalam, BH Sukan melaporkan bahawa Harimau Malaya masih memerlukan striker tulen yang mampu menjadi ‘mesin’ gol buat pasukan itu.

Berdasarkan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Filipina dan Singapura, dua jaringan dihasilkan Akhyar Rashid dan sementara satu gol lagi disumbangkan pemain tengah, Liridon Krasniqi.

Ketika berdepan perlawanan tertutup dengan kelab Singapura, Albirex Niigata Singapura, kelmarin, anak buah Pan Gon dilaporkan meraih kemenangan 3-0 dengan jaringan dihasilkan Krasniqi, Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim.

Selain itu, Sathianathan menjelaskan bahawa dia ketika ini lebih risaukan bahagian pertahanan Harimau Malaya yang dilihat masih belum mencapai keserasian pada tahap terbaik.

Saya tak cakap mengenai individu, kita kena bertahan sebagai satu pasukan. Nampaknya ketika kita sedang menyerang, tapi kadang-kadang bila pihak lawan melakukan hantaran jauh kita kena perangkap.

sumber:- BH

“Saya ingat mereka kena cari keserasian, mungkin Kim belum cukup masa untuk betulkan benda ini. Sebagai seorang jurulatih selepas perlawanan baru dia boleh tengok dan betulkan, selain mengharapkan ia tak berlaku lagi,” katanya.