Sukan

Marcel sahut cabaran

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Dechi Marcel menyedari peranan penting yang digalasnya sebagai ‘jeneral’ tengah’ skuad Sang Kenari dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut pemain kelahiran Ivory Coast yang sudah beraksi selama lima tahun dalam Liga Malaysia sejak 2017 lalu berkata peranan di bahagian tengah memerlukan pergerakan fizikal dan tahap larian yang tinggi bagi menghidupkan sesuatu perlawanan.

Saya sedar saya berada pada posisi yang penting dalam pasukan Kedah yang mana memerlukan bergerak laju dan pantas mengawal segala situasi.

Posisi ini juga menjadi tumpuan bagi menentukan aksi serta rentak permainan sesebuah pasukan itu untuk sentiasa dilihat terus bertenaga.

“Selain itu, tugas di bahagian tengah juga memerlukan tahap kecergasan yang cukup tinggi dan saya mengambil cabaran ini dengan semangat serta azam yang tinggi,” katanya.

Marcel yang turut digelar ‘Kante’ oleh penyokong Kedah bagaimanapun mengakui masih banyak yang harus dicapainya musim ini selepas melihat kepada saingan sengit bakal ditempuhi KDA FC termasuk Piala AFC yang akan berlangsung Jun depan.

Saya tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang sedang dilalui pasukan kini kerana Kedah perlu melangkah lebih jauh.

sumber:- HM

“Saya perlu membuktikan kemampuan diri selepas dipilih bersama Kedah pada musim ini dan menghargai kepercayaan diberikan oleh pihak kejurulatihan dalam memikul tanggungjawab ini,” katanya.