Sukan

Reaksi Safawi setelah gagal sempurnakan Penalti

Mengetuai jentera depan negara, Safawi Rasid, mengakui kesal gagal membantu Malaysia meraih keputusan positif ketika tewas 2-1 kepada Singapura dalam saingan Siri Tiga Negara, semalam.

Malaysia meraih sepakan penalti namun Safawi yang dipertanggungjawabkan melunas penyudah gagal berbuat demikian apabila rembatannya sekadar menemui palang pada minit 45.

“Sebagai striker, saya tidak berpuas hati dengan perlawanan ini selepas peluang yang dihasilkan. Kami akan terus memperbaiki lagi dan memberikan tumpuan untuk Jun ini,” kata Safawi.

Tambahnya lagi, Malaysia bermain lebih baik jika dibandingkan dengan aksi Piala AFF lalu, cuma nasib tidak menyebelahi skuad negara walaupun Harimau Malaya mendominasi permainan semalam.

sumber:- SA

“Bagi saya, secara keseluruhan kami telah bermain dengan baik berbanding Singapura yang menghasilkan dua percubaan dan menghasilkan dua gol, perkara paling penting adalah tumpuan bagi Jun ini.”