Sukan

Harga Perak FC tak masuk akal, kejutkan banyak pihak

Penjualan Perak FC sudah sampai ke peringkat akhir dengan dikhabarkan tanda harga pasukan terbabit tidak masuk akal hingga bakal mengejutkan banyak pihak kelak.

Menurut sumber ketika dihubungi Arena Metro memaklumkan bahawa kemungkinan tanda harga skuad Bos Gaurus itu tidak seperti yang dicanang sesetengah pihak hingga mencecah puluhan juta ringgit.

Enggan mendedahkan nilai sebenar pasukan itu, sumber berkata, walaupun tanda harga dikatakan tidak masuk akal namun ada beberapa perkara lain perlu diselesaikan pembeli berkenaan apabila mengambil alih pasukan itu.

Saya tidak boleh dedahkan nilai sebenar atau tanda harga Perak FC ketika ini namun boleh saya katakan ia sememangnya tidak masuk akal dan mengejutkan ramai pihak jika mengetahuinya.

“Malah, dikhabarkan pembeli terbabit sudah mengadakan perjumpaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) baru-baru ini. Mungkin mahu mendapatkan nasihat dan mengetahui senario terkini bola sepak tempatan,” katanya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa Perak FC bakal mendapat nyawa kedua apabila terdapat pihak tertentu yang sudi mengambil alih pasukan terbabit dalam waktu terdekat ini.

Malah, perbincangan membabitkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd dan pihak berkenaan sudah berada di fasa terakhir seterusnya jika tiada aral melintang kemungkinan skuad Bos Gaurus akan mendapat ‘tuan’ baharu dalam tempoh seminggu ini.

Berdasarkan maklumat terbabit sekali gus menyangkal dakwaan sebuah portal bahawa tanda harga Perak FC berjumlah RM 12 juta dengan individu yang berminat untuk membeli pasukan terbabit adalah warga tempat bukannya syarikat berpangkalan di Singapura.

Sementara itu, sumber berkata, jumlah hutang yang ditanggung Perak FC bukanlah mencecah RM20 juta seperti dicanang pihak tertentu di media sosial.

sumber:- HM

“Saya boleh sahkan bahawa isu berkaitan hutang yang tersebar di media sosial termasuk dilaporkan sebuah portal adalah tidak benar dan tidak tahu bagaimana jumlah berkenaan boleh timbul,”katanya.