Sukan

Beliau sebenarnya ada sentuhan Luqman

Pemergian pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Allahyarham Mohammad Saiful Ezuddin Mustafa diakui sebagai satu kehilangan besar buat pembangunan bola sepak negara.

Ini kerana penilaian panel teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) menyifatkan pemain berusia 14 tahun itu memiliki bakat seperti graduan AMD, Luqman Hakim Shamsuddin yang kini berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk.

Allahyarham berkebolehan bermain di pelbagai posisi bagi pasukan AMD Bawah 14 tahun (B-14) dan seorang yang berbudi pekerti baik serta sentiasa menjaga solatnya.

Sebagai rekod, bakat anak keempat dari empat adik beradik ini dikesan menerusi Program Akademi Tunas NFDP Kota Setar sebelum terpilih memasuki AMD pada tahun lalu.

Terdahulu, Allahyarham l3mas ketika mandi di Sungai Ketil, Baling, Kedah, petang Rabu sebelum ditemui di sebuah lokasi sejauh hampir sembilan kilometer dari tempat kejadian.

Allahyarham ditemui selepas hampir 28 jam hilang dan jenazahnya selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam, Kampung Teluk Sungai Durian, Baling, Kedah.

sumber:- BH

Hadir sama bersama memberi penghormatan terakhir adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.