Sukan

Anak legenda hadiah keperitan untuk Pan Gon

Anak legenda bola sepak Singapura, Ikhsan Fandi menjadi ‘mimpi ng3ri’ buat Harimau Malaya selepas dua jaringannya membantu Singapura menundukkan Malaysia 2-1 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.

Pengg3mpur BG Pathum United itu mel3dak gol pada setiap babak untuk menghadiahkan kekalahan pertama buat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang sebelum ini membuka eranya dengan kemenangan 2-0 ke atas Filipina.

Pada aksi terbabit, Malaysia bermula garang apabila hampir mendahului seawal 38 saat menerusi gerakan menarik antara Syafiq Ahmad, Safiq Rahim dan R Kogileswaran namun sayang sekali percubaan Safiq kurang tepat.

Malaysia terus mencipta peluang untuk mengg3mpur benteng Singapura menerusi percubaan ‘placing’ Safawi Rasid pada minit kelima yang tersasar disusuli tandukan Akhyar Rashid yang melewati palang gol pada minit kelapan.

Ketika Malaysia begitu mendominasi permainan, hantaran panjang Singapura ‘memintas’ barisan pemain negara namun Farizal Marlias pantas ‘menghidu’ b@haya yang cuba dicetuskan Ikhsan Fandi apabila meluru keluar untuk menafikan percubaan pemain itu.

Gawang Malaysia ‘dicer0bohi’ apabila gerakan pantas yang dilancarkan Song Ui Yong gagal dikekang pertahanan negara sebelum bola ditolak Ikhsan di depan pintu gol Malaysia untuk tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-29.

Segalanya seakan serba tidak menjadi buat Malaysia meskipun memiliki peluang keemasan untuk mengikat kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-46 namun tendangan Safawi terkena palang sebelum melambung keluar.

Liridon Krasniqi menggembirakan penyokong Malaysia di stadium dan juga di tanah air pada minit ke-56 apabila tenang mengikat kedudukan buat skuad negara – jaringan itu jelas begitu bermakna buat dirinya apabila dia membuka jersi dan dilayangkan kad kuning.

Bagaimanapun, Ikhsan memastikan maruah Singapura tidak tercalar di laman sendiri apabila r3mbatan derasnya pada minit ke-75 menewaskan Farizal untuk memastikan ‘Derbi Seberang Tambak’ menjadi milik tuan rumah.

sumber:- BH

Selepas ini, skuad kebangsaan akan mengharungi aksi persahabatan terakhir secara tertutup berdepan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore di Stadium Jalan Besar pada Isnin sebelum mereka pulang ke tanah air, keesokan harinya.