Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland selepas menundukkan pilihan ketujuh dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Siedel 21-11, 21-13, awal pagi tadi.
Kemenangan di suku akhir itu secara tidak langsung membenarkan Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan keempat dalam lima pertemuan dengan pasangan dari Jerman itu.
Perlawanan hari ini, kami lebih bersedia dan berkeyakinan,” kata Aaron yang selepas ini dijadual bertemu pasangan Indonesia yang juga pilihan keempat kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan kedua, tampak tidak mempunyai halangan besar dengan rekod tiga pertemuan antara mereka sebelum ini memihak kepada pasangan beregu Malaysia itu dengan 3-0.
Esok (malam ini), kami bertemu lawan dari Indonesia. Harap dapat buat yang terbaik seperti hari ini (awal pagi tadi). Tak fikir menang atau kalah, hanya mahu memikirkan untuk melakukan yang terbaik.
“Kalau boleh, kami nak berikan yang terbaik, 90 peratus yang saya rasa sudah boleh nampak prestasi di sana nanti,” kata Aaron berkenaan aksi menentang Fajar-Rian.
Sementara itu beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien melakar kejutan selepas memenangi aksi suku akhir Terbuka Switzerland menumpaskan pilihan keenam dari India, Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki 22-20, 23-21.
Vivian-Chiew Sien dijadual bertemu pasangan adik beradik dari Bulgaria yang juga pilihan ketiga, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva di pentas separuh akhir.
Turut mara beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai yang masing-masing menewaskan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 11-21, 22-20, 21-15 dan gandingan Perancis, William Villeger-Anne Tran 21-17, 21-12.
sumber:- BH
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mara selepas menewaskan Leo Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 21-18, 19-21, 21-12 dan dijadual bertemu pilihan kelapan dari Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob.