Sukan

Pengendali Singapura mula cuak dengan Malaysia

Rangkaian striker skuad Harimau Malaya diakui sangat pantas dan pemain Singapura khususnya di benteng pertahanan diingatkan sentiasa berwaspada dengan s3rangan balas.

Ingatan itu diberikan pengendali pasukan Singapura, Nazri Nasir yang mengakui corak permainan Malaysia sudah berubah dan anak buahnya perlu berhati-hati apabila kedua-dua pasukan turun dalam aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura esok.

Katanya, selepas menyaksikan aksi antara Malaysia dan Filipina pada Rabu lalu, jelas sekali rangkaian striker pasukan kendalian Kim Pan-gon amat laju.

Dalam aksi dengan Filipina, kita sedar yang kebanyakan pemain (skuad Harimau Malaya) beraksi baik untuk meyakinkan jurulatih baharu mereka.

Malah, pemain seperti Safiq Rahim yang dah lama tak dipanggil untuk aksi pasukan kebangsaan serta (Mohamadou) Sumareh juga ada dan sudah tentu apabila pemain diberi peluang, mereka tentunya akan beri yang sebaik mungkin.

“Macam saya kata, mereka cukup pantas di mana jentera serangan memang laju dan kita kena beri perhatian perkara itu, dan seperti saya katakan kita perlu susun perancangan terbaik untuk aksi itu dan kita akan lihat apa yang akan berlaku malam esok (ini),” katanya pada sidang media praperlawanan secara online, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyeru agar penyokong Singapura dapat membanjiri stadium bagi menaikkan motivasi pemainnya.

sumber:- SH

“Saya yakin penyokong juga teruja menantikan perlawanan itu dan dengan kehadiran mereka ia dapat beri semangat buat pemain dalam perlawanan itu,” katanya.