Pengendali negara, Kim Pan-gon tetap mahukan kemenangan berpihak skuad Harimau Malaya apabila Malaysia bakal turun men3ntang Singapura dalam aksi persahabatan terakhir Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, malam esok.
Mengakui pertemuan kedua-dua pasukan yang sarat dengan sejarah, Pan-gon mahu pemainnya meneruskan momentum positif yang dilakar pada aksi pertama ketika bertemu Filipina Rabu lalu yang menyaksikan skuad negara menang 2-0.
Ujarnya, walaupun ia hanya aksi persahabatan di mana beberapa penilaian dan peluang akan diberikan buat pemain membuktikan kemampuan masing-masing, namun beliau yang juga bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) tetap inginkan kemenangan buat melonjakkan motivasi pasukan menjelang saingan di Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti.
Saya baru saja ambil alih pasukan dan kami sudah melalui beberapa sesi latihan serta aksi persahabatan (men3ntang Filipina) sebelum ini. Ini adalah aksi perlawanan kedua dan objektif ke sini (Singapura) adalah untuk menilai kemampuan semua pemain.
Ia juga sebagai medan untuk melihat kefahaman taktikal dan eksperimen. Ya saya sedar perlawanan malam esok juga penting dan sebagai jurulatih saya juga ada matlamat sendiri.
Apa yang saya tahu ia satu aksi derby dan sangat penting, namun perkara paling mustahak adalah menyediakan pasukan untuk Kelayakan Piala Asia dan Piala AFF.
“Kita cuba bentuk pasukan dengan asas terbaik serta cuba memberi kefahaman yang jelas t3ntang taktikal dan teknikal permainan yang kita mahukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan, skuad Harimau Malaya dijangka bakal mengharungi ujian mencabar apabila dalam 68 kali pertemuan dan meraih 26 kali kemenangan ke atas jiran tetangga itu.
Selebihnya menyaksikan Singapura melakar 20 kemenangan dan terikat seri sebanyak 22 kali yang menceritakan betapa sengitnya pertemuan keduad-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1967.
Ketika ditanya mengenai senarai kec3deraan, Pan-gon sahkan terdapat beberapa pemain mengalami kec3deraan ringan selepas aksi dengan Filipina sebelum ini.
sumber:- HM
“Ada yang alami (kec3deraan) tapi tidak serius dan sudah tentu kita sedang beri rawatan dan lindungi sebaiknya pemain kita dan kita akan lihat serta ikuti perkembangan laporan dari pasukan pervbatan, tapi ia bukan sesuatu yang serius,” katanya.